Isnin, 1 Februari 2016

(null)

My t-shirt was soaking wet with sweat. Nafas aku dah tak teratur. Kepala aku dah pening. Belakang badan aku dah sakit. Pagi Ahad yang melelahkan dan menyeksakan. Aku tengok jam pukul dua belas tengah hari, dan ada beberapa perkara muncul dalam fikiran, "Lunch. Bath. Ciggie. Rest. Write. Sleep."

But something else happened. Nevermind, we'll get to that later.

Aku selalu tak faham perasaan orang yang begitu mudah larut dalam ritual pembacaan mereka. Selak muka surat demi muka surat, kemudian hanyut tenggelam dalam naratif, teks, dialog, imaginasi dsbnya. But now I know the feeling. It's therapeutic. Untuk dapat duduk selesa, dengar musik kegemaran, dan mula menulis tentang apa sahaja tanpa henti.

Macam ada seorang penulis (atau siapa entah) sebut, "tak ramai yang suka membaca, tetapi ramai yang nak menulis." Dia mungkin bercakap tentang konteks yang berbeza daripada pemahaman aku, tetapi itu tak mengapa, abaikan. My point is, why can't it be both? I enjoy good book. I read for pleasure. And I still want to write like a maniac every single day. Like I said, it's a healing process for me.

R called me yesterday. Out of nowhere. Reaksi spontan, terus aku jenguk ke luar rumah, kalau-kalau dia sedang menunggu di depan pagar. Sebab selalunya, kawan aku hanya akan telefon bila mereka nak ajak keluar melepak ataupun bila mereka malas nak sahut panggil aku bila dah sampai depan rumah.

"Grow a pair of tits first." Adalah jawapan balas yang aku bagi, bila dia bising sebab dapat tahu aku habiskan sehari suntuk di KL dengan seorang perempuan tak lama dahulu, tanpa dapat bertemu dengan dia.

Dia telefon untuk membebel tentang seorang kawan sekelas aku waktu di kolej, yang kebetulan bekerja di tempat yang sama. "Apahal perangai dia macam celaka? Memang dari dulu macam tu ke? Semua orang menyampah."

I can't recall. Dah terlalu lama aku tinggalkan kolej, dan tak banyak yang aku betul-betul ingat, apatah lagi tentang manusia yang tak penting dalam hidup aku. Aku ketawa dan balas, "Dia memang macam tu. Buat tak peduli je."

And I went to Ipoh with friends on Saturday night. Tak tahu kenapa aku setuju untuk ikut sama, walaupun aku tak rasa lapar. Dan tak rasa nak keluar rumah. Dan tak rasa nak jumpa sesiapa. Sepanjang perjalanan pergi dan balik aku tidur dalam kereta. I was tired. Aku letih dengan urusan kerja. Aku letih dengan hal-hal dunia. Aku letih dengan kerenah manusia.

All I could think about was my bed. I just want to be at home. I need my fucking rest.