Selasa, 1 Disember 2015

Disjointed as hell, but the hell with it.

December is here. Tak tahu apa harapan aku untuk bulan ini melainkan ia memberi kegembiraan yang sama seperti sebelum ini dan berpanjangan sebelum tiba detik tahun baru.

Almost a month since I got back from Pattaya. Ada dua sebab aku suka tentang bercuti. Pertama, well... isn't it obvious, aku dapat berehat dan bangun tidur lewat. Dan kedua, dapat rekonstruk pengurusan kewangan aku setelah sekian-sekian wang digunakan untuk belanja percutian.

It's good to be back on track. I mean, financially wise. Untuk tahu, apa yang aku susun dan rancang, will somehow make sense at the end of the day. Dan untuk itu, aku selalu hadiahkan diri sendiri aiskrim untuk merayakan keupayaan diri dalam menyelenggara hidup ini.

You see, bila dengan kawan-kawan selalunya aku bawa imej slacker. Pakai jeans yang entah bila kali terakhir dibasuh, t-shirt warna gelap dan kusam, rambut yang kadang disikat, kadang tidak. Nampak sedikit tak terurus, dan kalau silap haribulan, dilihat selayang pandang seperti seorang gelandangan.

Pernah sekali aku buka almari pakaian dan jumpa kemeja yang sudah lama aku beli tapi tak pernah dipakai. Maka aku pakai untuk keluar makan malam dengan kawan-kawan.

Tengok aku pakai baju elok lain macam, terus mereka tanya, "Kau baru balik makan dengan perempuan mana ni?"

"Perempuan apa kejadahnya," aku balas, walhal aku baru keluar dari rumah. Maybe it's true, different images could give different impressions.