Jumaat, 6 November 2015

Adieu 23, hello 24.

Habis sembahyang Jumaat, aku makan tengah hari dengan dua tiga orang kawan. kemudian aku pulang ke rumah. Tak sampai beberapa jam, aku keluar semula sebentar tadi, untuk selesaikan sedikit urusan dunia, dan sekarang aku pulang ke rumah.

Sepuluh minit lagi pukul tujuh malam. Everyone's out. Aisyah belum pulang. Ayah keluar minum petang. Haikal dan Ihsaan bermain di padang hadapan rumah. Aiman pula sedang tidur dalam bilik. And me sitting in a room typing this shit right here. I don't make any plans for tonight. Maybe the usual, dinner with close friends, dan kemudian pulang untuk habiskan sisa-sisa malam berborak dengan gadis kegemaran.

Yes, I'll turn 24 by midnight tonight. Yeay! was supposed to be my initial reaction. But no, I don't do birthdays. And I don't do cakes, either.

I expect nothing, and it's easier that way. Untuk tahu ada manusia yang peduli tentang kewujudan diri ini, untuk tahu ada masa depan yang perlu aku kejar, untuk tahu ada harapan yang tergalas di bahu, untuk tahu ada impian yang mahu aku capai, untuk tahu ada masa silam yang harus aku tinggalkan, untuk tahu ada kehidupan lebih baik untuk aku bina, dan untuk segala-galanya dalam hidup sementara ini, aku fikir, hey itu sudah lebih daripada mencukupi untuk buat aku berasa gembira.

Happy birthday, dear Self!


7:17PM Friday 07 November 2015