(i)
"Jom kita makan mee kari. Jiwa aku tak tenang ni," aku beritahu kawan-kawan. They're an asshole, maka sudah tentu tiada comforting words untuk aku. But they're always there for me. Rasa tidak tenang ini dikongsi bersama-sama dengan satu kelompok manusia yang sentiasa ada waktu susah dan senang.
(ii)
I came across a lot of people. Bermacam-macam kerenah. Seribu satu perangai. Mostly during my college years. Aku jumpa manusia yang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Aku kenal manusia yang tak pernah aku kenal. Awal dua puluhan, aku mungkin sama dengan kebanyakan remaja lain. Rebel tak tentu hala, penuh dengan semangat tidak peduli terhadap aturan, dan sentiasa fikir aku betul.
(iii)
I have a massive ego. Yang selalu buat orang jadi menyampah. But I've finally come to my senses. Untuk lebih beralah dan selalu pujuk diri sendiri, winning isn't everything. Dan untuk terima hakikat bahawa kekalahan bukanlah perkara paling teruk dalam dunia.
(iv)
"Kau tau tak kenapa bila kita duduk melepak, kita jarang sangat tangkap gambar? Sebab bagi kita, benda ni dah jadi benda biasa. Dah jadi rutin. Tiap-tiap hari jumpa muka sama. Sebab tu bila kita tengok orang yang jarang melepak ni, dia suka tangkap beratus-ratus gambar setiap kali jumpa. Sebab bagi dia, benda ni dia jarang buat."
(v)
Do something repeatedly, and you won't feel the need to showcase it to the whole world anymore.