Khamis, 7 Mei 2015

Thailand, you awesome!

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku sedikit kesal kerana tidak membawa bersama buku catatan sewaktu pergi ke Thailand. Kerana apa yang aku ada ketika ini hanyalah fragmen-fragmen kecil perjalanan dua hari tiga malam aku bersama empat orang kawan yang lain.

Tetapi itu tak mengapa, aku fikir.

Sebuah kereta Myvi yang penuh dengan beg galas, dan barang ole-ole. It's a tiring journey, I kid you not. Dengan lebih kurang dua ribu kilometer dan dua puluh empat jam dihabiskan duduk di dalam kereta pergi-balik. Membuatkan aku rasa dunia ini tidak adil, bila mengenangkan seorang kawan yang baru dua minggu sebelumnya hanya mengambil masa dua jam lebih pergi-balik dengan menaiki kapal terbang.

Hari terakhir kami habiskan di Patong Beach, Phuket. Sepanjang berada di sini, kenderaan/orang dari Malaysia boleh dibilang dengan jari. Bagus juga, because that's the whole point of me going on a getaway.

Untuk lari sebentar daripada melihat muka-muka dan persekitaran yang sama.