Rabu, 15 Oktober 2014

Happiness, not too little, but also not too much.

Setiap kali aku berasa gembira, atau hidup aku semacam tiada masalah, atau hati aku berasa senang, aku cenderung untuk pulang semula ke dakapan Kesunyian. Kerana sentiasa ada sisi diri aku yang - umumnya - letih dengan gelak-ketawa, wajah manusia, kata-kata, suasana, material, dunia dan segala isinya.

Dan bila itu terjadi, I just want to have some quiet me time, dan berlagak seolah-olah Kegembiraan adalah satu bebanan.

Aku adalah definisi sederhana, dalam erti kata sebenar. Tahu bila untuk keluar berfoya-foya bersama manusia-manusia yang rapat dengan diri ini. Dan tahu berapa banyak dos keseronokan yang perlu aku suntik untuk capai euforia. Dan paling penting, tahu untuk berhenti bila segala-galanya tidak lagi memberi sebarang erti.

Aku hanya ada seorang dua kawan rapat, dan sekelompok manusia yang memahami cara aku berfungsi, bergurau, dan bersosial. Selain dari mereka, adalah manusia-manusia yang sering salah faham dengan definisi Kehidupan aku.

I told people that I love my life just the way they are, and they went bat-crap crazy.

5:57 PM Wednesday 15 October 2014