Setiap kali aku berkira untuk berhenti menulis, akan sentiasa ada sesuatu, atau seseorang, yang buatkan aku berpatah balik.
Kawan-kawan rapat tahu bahawa: I never date for fun. Aku - yang mereka kenali - adalah seorang yang lebih selesa buat hal sendiri daripada terlibat dalam perhubungan yang tiada hala tuju serta menuntut pelbagai kerenah dan ragam.
Seorang kawan perempuan bertanya kepada aku dalam satu perbualan singkat dua minggu lepas, "Are you seeing anyone at the moment?" Kekok juga untuk menjawab soalan peribadi ini, apatah lagi ia datang daripada seseorang yang sudah lama tidak aku ketemu.
"Tak," aku balas. "Tak ada siapa-siapa."
I'm 23 years old, and I'm not going to waste my time, money etc. with meaningless relationship. Dua tiga tahun lepas, mungkin aku punyai begitu banyak masa untuk memuja gadis-gadis dalam setiap tulisan, dan menulis sajak-sajak jiwang tanpa mengira masa dan tempat. Namun kini tidak lagi.
Now, it's either something serious or nothing.
12:47AM Fri 07/02/2014