I received a phone call from Sepul last night. Rupa-rupanya, dia pulang ke Sitiawan untuk menghabiskan cuti study week. Ingatkan siapa, kerana tertera nombor tidak dikenali di skrin telefon. Sejak aku kehilangan telefon bimbit bulan lepas, habis hilang semua nombor-nombor dalam simpanan.
"Mengarut je study week ni. Bukannya study pun. Daripada aku duduk menganga dekat Johor, baik aku balik rumah."
Dia ajak keluar minum. Aku balas okay, kerana aku ingin berborak panjang dengannya malam itu. Dan juga kerana kali terakhir kami bertemu adalah tiga atau empat bulan lepas.
"Barai," ayat pertama yang keluar dari mulutnya bila aku bertanya tentang pengalaman semester pertama sebagai penuntut ijazah.
Funny, because this came up from someone who skate through engineering course, and luckily, survived.