Maybe it's true when you starting to like someone, your heart willing to go beyond anything and unconsciously you started doing crazy things without you even noticing.
Last Friday, I'm supposed to work half day. Since my boss is not around, I don't have anyone to keep track of all my activities that day. Atau bahasa mudahnya, bos bercuti, pejabat ini umpama berhawakan dingin syurga. Oleh kerana aku telah menyiapkan segala tugasan yang diberi, maka munasabah juga untuk aku pulang lebih awal.
"Bosan gila. Balik awal la harini," aku beritahu rakan sepejabat yang sedang leka menatap skrin laptop di hadapannya. She remained with her stoic expression and replied, "Huh, hari-hari balik awal."
"Balik awal la best," aku kata. "Haa, aman sikit office ni nanti," dia sambut, kemudian ketawa kecil.
Jadi selesai mengerjakan solat Jumaat, aku pulang ke rumah hanya sekadar untuk mengelamun, membiarkan minda aku menerewang jauh. Timbul pelbagai pertanyaan rawak dan tidak penting yang berlegar memenuhi ruang fikir aku.
Salah seorang kawan aku pernah menegur, katanya aku terlalu banyak berfikir. Berfikir beberapa langkah ke hadapan dalam setiap perkara. Aku saling tak tumpah dirasuk oleh semangat analitikal yang keterlaluan. Katanya lagi, "You can't anticipate everything. Sometimes, you have to let things work out on their own. Have faith."
So with that, brings me back to the office. I don't why but I think that's the right thing to do. Belumpun sempat aku melabuhkan punggung untuk duduk, dia sudah memaku aku dengan pandangan yang aneh sebelum ketawa dan berkata, "Aliff? Betul ke ni Aliff?"
Aku hanya tersenyum tanpa sebarang kata. "Tadi kata nak balik awal? Kenapa datang balik?" dia tambah, dengan nada ingin tahu. "Tanggungjawab," aku balas ringkas, tidak serius. Menipu sudah tentu. "Tanggungjawab la sangat," dia balas.
"I came here just to see your face," aku balas jujur. Dalam hati.