"What's up with the cake? Hari lahir saya dah lama lepas," aku kata, cuba bergurau.
She didn't get the joke. Mungkin sensitif bila melibatkan sesuatu yang dia buat dengan sepenuh hati.
"Kalau tak nak, tak apa," dia balas, dalam nada perlahan.
Di hadapan aku terhidang seketul bulat kek. Dia beritahu, nama kek ini kek coklat moist yada yada. Well, tak kiralah apa pun namanya. Pokoknya, dia mahu aku cuba kek ini. Aku cuba mengelak (dan aku sudah hampir untuk memanjat tangga penipuan). I'm not a big fan of cake, you see. Hari lahir aku yang lepas disambut tanpa membeli kek. Dan aku tak pernah rasa ralat kerana tak dapat meniup lilin yang terpacak di atas kek.
"Cubalah rasa. Saya buat untuk kamu," dia pujuk aku.
Aku manusia yang baik dan punyai sifat timbang rasa yang tebal dalam diri. Jadi, aku ambil juga sepotong kek dan suapkan ke dalam mulut.
"Macam mana? Sedap tak?"
Aku tak jawab soalan itu, dan aku masih lagi mengunyah perlahan. Aku ada dua pilihan. Aku mampu jaga hati dia. Aku juga mampu hancurkan hati dia. Aku boleh jadi kedua-duanya. Tetapi di dalam situasi ini, aku pilih untuk jaga hati dia. Plus, there's nothing wrong with the cake. Sedap, just nais. Cuma aku tak sukakan kek. Itu sahaja.
"So how?", dia tanya lagi, mahukan kepastian.
"Hurm, sedap," aku balas, sambil masih lagi mengunyah sebelum turun melalui tekak kering.
"Yeay," dia sorak, "jadi kena tambah lagi satu."
Oh shit! Kali ini aku perlu panjat penipuan. Dengan lebih tinggi lagi.