Ada bermacam perasaan timbul bila kawan aku bersungguh-sungguh cuba nak hiburkan aku tiap kali aku datang bertandang ke rumahnya di KL. Kesian ada. Terharu ada. Gembira ada. Sekejap mereka nak bawa aku makan di tempat ini. Sekejap di tempat itu. Lepak di tempat ini. Lepak di tempat itu. Kalau boleh mereka berdua nak penuhkan kehadiran aku dengan segala macam aktiviti supaya aku tak rasa bosan.
Dan setiap kali itu juga aku akan bagitahu mereka untuk tak perlu susahkan diri. There's no need to cater to my existence to that extent. Most of the time I only came to visit. Bagi aku, dapat duduk borak, lepak minum dan makan (tak kisah di mana sekalipun), kemudian pulang ke rumah dengan hati yang senang, pun dah lebih daripada cukup. I wouldn't ask for more.
Seperti tempoh hari bila aku bagitahu Razin dan Ayishah waktu bangun pagi selepas bermalaman di rumah mereka, "Ini first time ever aku tak bekerja on Labour Day. Let's go eat some cake and pastries." And then we wandered around Subang looking for the perfect spot to celebrate this pointless accomplishment.
I tried to do the same whenever possible. To replicate their cordial gesture. And to somewhat reciprocate with an appropriate gusto. Sebab tak ramai manusia dalam hidup ini yang genuinely invested untuk cuba accommodate kewujudan aku dalam hidup mereka.
And I'm forever grateful for that. Because they're a good friend.
Sama juga sewaktu sedang kami berehat-rehat di dalam bilik hotel pasca aktiviti hari pertama. Razin jenuh fikir nak atur aktiviti untuk hari kedua. Situ nak pergi. Sini nak pergi. Terlalu banyak tempat yang boleh dilawati. Cuma mustahil untuk sumbat semua sekali dalam tempoh 24 jam. For some strange reasons, dia risau aku bosan dan dia tak nak aku rasa trip ini satu benda sia-sia.
My definition of vacation is very simple. As long as I'm not at work, the hell with what activities I should be doing. "The main thing is I'm here (in Jakarta), not there. With you guys. Anything else is just a bonus." I told him.
Aku cuba untuk tak terlalu letakkan diri sebagai tourist, yang perlu devote diri untuk lawat, I don't know... top 10 main tourist attractions or some shit, untuk buktikan yang aku 'betul-betul' pergi bercuti. I mean, who the hell cares? Dapat pergi let's say 3 out of 10 pun aku macam... mmkayy. Kalau masih rasa tak puas, mehh... we'll come again next time for whatever it's worth.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan