I forgot to tell them I saw someone from my past the other day. She's still beautiful as ever. Not important, I guess. Which is why the subject of her never really came out in our conversation.
They sent me home at 8PM before heading to Ipoh for a curry mee session. I couldn't join them. Sebab aku tak cukup tidur. Dan badan aku rasa letih setelah menghabiskan sehari suntuk melayan tetamu dari KL ini. Saturday and Sunday, 48 hours straight, and I barely got any sleep. Hujung minggu yang sepatutnya dibazirkan dengan berbaring-baring dan bermalas-malasan di rumah, telah bertukar menjadi sebaliknya.
Tak mengapa, detik hati ini. Bukan selalu. Kalau nak harap aku hidupkan enjin kereta dan memandu ke KL untuk berjumpa mereka, kebarangkalian yang wujud adalah sangat tipis. Sibuk menyelenggara kehidupan, dan aku jarang ada sela masa yang lama untuk dibahagi-bahagi selain daripada mengadap hal-hal kerja.
"Butoh la pergi KL ada mende? Jauh gila," as I would always say.
Life is changing so fast. Kawan ini kahwin. Kawan itu kahwin. Kawan ini tukar kerja. Kawan itu mula bisnes baru. Kawan ini pindah tempat tinggal. Kawan itu pindah tempat tinggal. Tak terkejar, dan tak rasa nak kejar sebenarnya. As of now, I just let everything happen naturally. I should be focusing more on me. And solely on my own growth process. Setting my own pace. That's what matters.
I feel a bit empty after they left. Kerana ini kawan-kawan lama, yang jauh di sudut hati, aku berharap mereka masih sentiasa akan di sini untuk satu tempoh yang panjang. You know, just like good old days. But that's not how life works. That's not how any of this works.
Maybe that's the sign of true friendship. I feel happy when they're here. I feel awhhh please don't go when they're about to leave. Their presence is still highly appreciated in my life, no matter how far we are from each other.
I feel sad. And I get mad sometimes. Apatah lagi setelah menyedari banyak perkara dalam hidup ini yang berada di luar jangkaan dan kawalan aku. Tak ada apa yang aku boleh buat untuk susun perjalanan hidup ini dalam satu acuan yang sempurna. Thus I learned how to let go. Of everything. And everyone.
Live well, dear Self. You'll be fine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan