If there's one thing I've learned, it's that never to be ashamed with my own music taste and preferences.
Kita (lihat betapa selfishly aku guna perkataan kita, demi untuk tidak menanggung beban ini seorang diri) hidup bertemankan pelbagai jenis genre musik. Ada yang bagus. Ada yang tak bagus. And it's freakin' everywhere. Buka radio, ada seribu satu macam lagu diulangsiar sepanjang hari. Buka peti tivi, serupa. Buka Spotify dan YouTube, serupa. Pengaruh elemen luar, tidak dapat tidak, sedar atau tak sedar, sedikit-sebanyak mempengaruhi pengalaman kendiri sewaktu mendengar musik.
I listened to a lot of pop mainstream songs. There's no denying it. Malah, siap boleh sing-along lagu Style oleh Taylor Swift daripada mula sampai habis. What's there not to love? Ia catchy, mudah, lekas, dan ada kecenderungan untuk melekat dalam kepala bila didengar berulangkali.
It takes wisdom to differentiate between good and bad music. Kalau orang tanya sama ada lagu Ed Sheeran bagus atau tidak, maka sudah tentu aku jawab, mehhh biasa je.
Kerana bagi aku, kebanyakan lagu mamat ini terkesan generik dan bermain di sekitar susunan musik yang mirip antara satu sama lain dan sering memanipulasi lirik jiwang meleleh dalam skala tak masuk akal. Malah tak keterlaluan kalau nak cakap Ed Sheeran ini adalah Taylor Swift versi lelaki. Yang, obviously, tak berapa handsome.
Funny story. Aku beritahu beberapa orang kawan tentang obsesi baru terhadap musik K-pop. One of them told me, "kalau kau suka, mesti semua orang okay. Kalau aku suka, mesti semua orang kutuk. Macam gampang."
Ha ha ha the perk of being an alpha male. Tetapi itu cerita lain. Maka, lupakan.
Dan macam aku cakap tadi, kalau orang tanya K-pop ini tergolong dalam kategori bagus atau tidak, aku akan jawab tak bagus. Tetapi perlu difahami, bahawa musik sebegini dibikin untuk memenuhi tuntutan dan selera mass audience. Say what you want, but this kind of music really sells. Ia mendepani budaya konsumerisme, dan berbolak-balik antara rantaian supply and demand.
Ada banyak benda aku nak merapu tentang ini, tapi aku malas tulis jadi eloklah aku berhenti di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan