Sabtu, 6 Ogos 2016

Kucing makan di dapur

1. I'm not the one who quick to forget. Ini suatu perkara yang terkesan menyusahkan.

2. Perhaps I don't really miss her. But I do miss the usual routine. Ambil situasi kerja, misalnya. Katakanlah aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Sebaik sahaja berhenti kerja, maka aku bakal dapati waktu kerja aku (pukul tujuh pagi sehingga dua petang) ini tidak diisi dengan apa-apa aktiviti. Ia serta-merta bertukar menjadi sebuah ruang kosong yang sia-sia. Dalam erti kata lain, berhenti kerja tak sepatutnya diganti dengan tidak bekerja. Ia harus dipenuhi dengan sesuatu yang - sama atau lebih - bermakna.

3. Ini yang terjadi sebenarnya. Analogi-nya begitu. Perempuan Paling Cantik Dalam Dunia left a huge void in my life. Kehilangan dirinya tak mengapa, aku boleh terima. Tetapi ruang kosong ini tidak diisi segera dengan sesuatu yang bermakna, menyebabkan aku semacam terpinga-pinga tersekat di satu daerah yang sungguh asing.

4. Aku dengan penuh sedar, faham segala-galanya yang berlaku dalam hidup ini.

5. My friends and I, we talked about this. Kalau orang tanya secara spontan, sama ada aku ada rancangan untuk tukar kerja atau berhijrah keluar dari Sitiawan, sudah tentu aku akan segera jawab tidak. Gila ke apa nak tinggalkan segala-galanya yang aku dah usahakan selama beberapa tahun dengan penuh susah-payah.

6. Tetapi ini jawapan mudah kepada soalan yang tidak begitu jelas konteks pertanyaannya. Kenapa nak kena berhijrah? Kenapa nak kena tukar kerja? Kenapa nak susahkan diri? Kenapa itu? Kenapa ini? What's in there for me? Jadi kami sepakat berpendapat bahawa jawapan ini mampu berubah tiga ratus enam puluh darjah jika kena dengan caranya dan ada perancangan yang teliti. Kerana perkara sebegini perlukan sedikit masa untuk difikirkan secara lebih mendalam.

7. About number 5 and 6: the point is, have faith in me. Once I commit to something, believe me, I'm willing to sacrifice everything. You fucking hear me? Everything.

8. Kelam-kabut nak pi mana? Tenang, hidup ini jauh lagi perjalanannya.

9. You're not afraid of dying. You're afraid of not living quite enough.

8. Tak tahu siapa yang lagi loser. Aku yang menulis benda bangang ini pada hari Sabtu, atau orang yang baca benda bangang ini pada hari Sabtu. Mehh ain't care. Dah tepi, tepi. Nak pi makan kenduri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju poin 2. rindu akan rutin-rutin. terus hidup, alep.

Muhammad Aliff berkata...

Whoever you are, thank you :-)