Isnin, 22 Ogos 2016

Kegilaan hari Isnin

"Show me your hands."

Kemudian dia belek telapak tangan kanan aku. Dia tengok garis apa entah, dan dia kata, "rezeki hang banyak halangan ni."

Kemudian dia beralih semula ke telapak tangan kiri aku pula, belek punya belek, dia pandang aku dan cakap, "hang tak ada jodoh."

I smiled, and kept a straight face. I was trying hard not to laugh or anything. Punbegitu, sedikit sebanyak, kini aku semacam mengerti apa perasaan manusia infertile bila diberitahu oleh doktor, "you can't have a baby."

Dan untuk mengakhiri ritual tilik nasib ini, dia pegang belakang badan aku, kemudian bertanya, "Hang ada masalah ka? Hati hang kelabu ni."

I was hoping he would say I have a very dark soul or I'm a spawn of satan or something. But mehh, kelabu works fine too.

Kalau orang tanya aku secara jujur, aku akan beritahu bahawa kerja menilik nasib ini adalah sesuatu yang delusional, bangang dan maha karut. You can analyze, or assume, or judge, but you can't never know for sure, even the tiniest bit of someone's life.

I don't know why this pakcik insisted on being superstitious. Itu belum masuk lagi cerita dia merapu tentang kiamat akan tiba dalam masa empat tahun, syurga, neraka, yada yada yada.

Hati kecil aku terdetik, pakcik ini dah gila kot. Atau mungkin jenis selalu baca majalah Mastika atau tonton Misteri Nusantara. Atau mungkin sewaktu dia masih kanak-kanak, dikelentong oleh seseorang bahawa dia ada kebolehan luarbiasa.

As this age, I'm living life just as it is. Never ever come to me and talk about my future or destiny. You haven't earned the right to do so.

Kerana di akhirnya, aku rasa macam nak tepuk bahu pakcik ini perlahan-lahan dan berpesan, "Next time, please, pretty please. Tell me something I don't know, will you?"

Tiada ulasan: