Sabtu, 16 Julai 2016

Jumaat yang tertangguh

1. Semua orang ada hal masing-masing hujung minggu ini. Sarah di Bangi. Aiman di Seremban. Aisyah di Ipoh. Ihsaan dah pulang ke asrama. Aku beritahu Haikal, "Dik, nanti kita tinggal berdua je la. Diorang semua keluar jalan-jalan."

2. Keluar makan nasi kandar sejauh 70 kilometer pergi-balik dengan dua orang kawan malam semalam. Ia perjalanan yang tidak begitu menyeronokkan. Kerana kami terpaksa menempuh jalan Segari - Pantai Remis yang, ya Tuhanku, begitu mencabar. Ia jalanraya yang menggabungkan elemen kawasan gelap-gelita, lori treler yang lalu bersilih-ganti, laluan bengkak-bengkok. Oh ya, did I mention gelap gila babi?

3. The food was great, though. So, all is well.

4. "This is madness! This is blasphemy! This is... sik kandaq!"

5. Sometimes I feel like driving to my cousin's house just to meet Huwaina. She's the cutest baby ever, and my favorite one so far. Jenis tak menangis bila sesiapa pun pegang, suka merangkak laju, suka ketawa dan senyum, dan tak buas bila aku dukung lama.

6. I want one. Just like her.

7. Jumaat yang berlalu begitu pantas sehingga aku tak sempat ingat apa yang berlaku.

8. Beratur di kaunter mekdi untuk beli aiskrim. Di depan aku ada seorang perempuan turut sama beratur sambil main handphone. Aku pandang bawah, dan tengok kakinya. Pakai selipar. Entah kenapa, aku tiba-tiba rasa sayu dan kesian.

9. Masalahnya, aku pun sama pakai selipar. Apahal entah nak rasa kesian dekat dia?

10. I hope F are holding up well at the moment.

11. You can say what you want about me, but I do care about my friends well-being. Walaupun kadangkala ia datang dalam bentuk gurauan kasar dan lawak-lawak bangang.

Tiada ulasan: