Jumaat, 29 Julai 2016

Cheap thrills

1. Berguraulah sebanyak mana kau nak bergurau dengan aku. Lintaslah garisan hal-hal sensitif sebanyak mana kau mahu. But don't you dare touch my family. I'll go fucking berserk. On you.

2. Dalam hidup ini, aku cuma ada tiga empat orang kawan rapat yang aku percaya untuk bagi pinjam duit tanpa perlu pening kepala memikirkan cara untuk tuntut semula hutang. Dan mereka juga selesa untuk buat perkara yang sama.

3. Bila melihat drama-drama media sosial yang melibatkan hutang-piutang dalam kadar tak masuk akal (dan atas alasan remeh-temeh), membuatkan aku sedikit ralat. Mengapa wujud keperluan bagi si penghutang untuk hidup melebihi kemampuan kewangan diri? Tak ada duit, maka buatlah cara tak ada duit.

4. "Meja snooker lagi panjang daripada kereta aku. Kalau beli nak bubuh celah mana ni?" - perbualan pukul sebelas malam semalam.

5. Lagu kegemaran untuk minggu ini: Pham - Movements (featuring The Yung Fusion)

6. Aku tak pasti lagu ini termasuk dalam genre apa. Elemen bunyian elektronik yang dikacukkan dengan elemen rap. Punbegitu, ia sesuatu yang menjadi, saling tali-menali antara satu sama lain, dan tak kekok didengar.

7. S told me this month marks a year of us knowing each other. Well, that sounds about right. And that calls for a celebration too. Walaupun aku yang mula-mula beranikan diri untuk tegur dia dua bulan lebih awal sebelum itu lagi. Tegur dengan niat apa, entahlah, aku sendiri dah lupa.

8. If anything, she made the actual first move. Boohoo...

9. Dan secara rasminya, semua orang dalam rumah ini dah pakai cermin mata.

10. Oh ya, malam ini aku rasa macam nak jumpa Huwaina dan bagi hadiah cekak rambut untuk dia. Yeay, can't wait!

Tiada ulasan: