Jumaat, 6 Mei 2016

Seharian dengan manusia kegemaran

1. Kalau aku tahu jalanraya sepanjang dari Kuala Selangor sehingga Klang teruk macam lancau, baik aku ikut jalan Teluk Intan - Sungkai.

2. F suruh aku ambil air dia atas meja ruang tamu, “Alep, tolong ambil kejap.” Aku yang separuh berbaring di atas sofa, pandang dia dengan penuh stoic, dan angkat jari tengah. Terus F mengadu, “Naddddddd, tengok dia ni!”

3. “Kalau kau tak datang wedding aku nanti, aku bakar kau.” - Nad

4. “Aku tak kira kau nak pergi Italy ke apa lepas raya, kau kena datang jugak wedding aku dulu. Kalau tak, aku tak datang wedding kau nanti.” - F

5. “Tak reti masak ke, tak pandai kemas rumah ke, aku tak kisah. Kau carikan aku yang cantik je.” - Alep

6. Book fest can go choke on a dick.

7. “Okay la, aku nak kena blah awal, nak lepak dengan kawan aku dekat KLCC petang ni,” aku bergurau dengan mereka. “Kau ingat kitorang nak lepaskan kau ke?”

8. “Yeay, dapat naik kereta keluarga!” - Nad dan F

9.  “Bakso Monster tu sedap tak?” - Dish

10. “I nak bagitau I tak dapat ikut sekali. Enjoy your day okay.” - Aiman

11. Cadang nak tonton Ada Apa Dengan Cinta 2 di Setia Alam Mall. But one thing led to another, kami akhirnya duduk melepak makan segala macam jenis pastri.

12. “Ye la, kahwin kan sekali je,” F cakap. “Harap-harap sekali je la…” aku balas. “Kau ni bongok laaaa!”

13. Kami berbual tentang banyak perkara. Terlalu banyak perkara, sebenarnya. 

14. “Kau pergi jumpa dia haritu buat apa? Kenapa nak kena jumpa lagi?” Nad dan F tanya aku soalan ini dengan muka penuh hairan.

15. “Entah. Aku pun tak sure sebenarnya.” Apparently, ia bukanlah jawapan yang betul. Sebab aku kena bebel selepas itu.

16. Too much to write about them. But it don’t matter. Nant-nanti pun boleh.

17. Inilah dua orang manusia yang setiap kali aku tulis benda baru, aku akan bagi mereka baca dulu, dan minta pendapat.

18. Bitch please, kau ingat tulisan aku takde quality control ke?

19. F adalah manusia paling cemerkap aku pernah kenal. “Macam mana la kau nak jadi isteri orang ni?” Aku tanya.

20. “Kau dah kenapa pakai tuala jadi tudung ni? Siap letak pin lagi?” Macam aku cakap tadi, F adalah manusia paling cemerkap aku pernah kenal.

21. Aku tersilap ambil kad dalam dompet, dan tersentuh kad debit Maybank di mesin Touch ‘n Go. Kami ketawa macam orang tak betul dalam kereta.

Tiada ulasan: