Isnin, 9 Mei 2016

Seharian dengan manusia kegemaran (2)

It would appear that most of my college friends are getting married or are already married. Aku dapat tahu ini sewaktu kami duduk berbual tentang manusia-manusia yang pernah hadir dalam fasa awal hidup aku.

“Jauh gila aku dah ketinggalan ni,” aku geleng kepala. I don’t know shit about my college friends anymore. Di mana mereka tinggal, apa mereka buat, kerja apa, dah berumahtangga atau belum, sakit, cacat atau apa yada yada yada. 

Well… to be fair, I couldn’t care less. 

They told me Syamira is getting married soon. Dengan teman lelaki baru, seorang warga Thailand, yang dia kenal di tempat kerjanya.

“For real?” Rasa macam nak tersembur air dalam mulut aku. Bukan terkejut sebab dia nak kahwin dengan warga Thailand, tapi terkejut atas sebab lain. Whatever happened to her old boyfriend, I further asked.

“Syamira kata dia dah tak nampak future diorang together.”

“For real?” Aku ulang lagi. Pardon my reaction, but who would have ever thought of that? Kerana ini adalah perempuan sama yang pernah beritahu aku satu ketika dahulu, seharian tanpa dihubungi teman lelaki lamanya akan membuatkan dia berasa gelisah dan tak senang duduk.

And funny how it took her 7 years to realize that they had no future of being together. 7 freakin’ years. While it only took me several months, tops.

“Pergi tak wedding Kiki haritu? Kau kan kawan baik dia dulu,” Nad tanya.

“Tak.” Aku balas. Tak kena jemput sebenarnya, aku beritahu. Aku tak bergurau bila aku cakap yang aku dah jauh ketinggalan. Sedar tak sedar, mungkin ada antara mereka yang dah lama meninggal dunia, dan aku masih belum dapat tahu.

But I wish him nothing but a life of happiness and fulfillment. We’ll meet again someday, of that I’m sure.

Tiada ulasan: