“Tak reti masak ke, tak pandai kemas rumah ke, aku tak kisah. Kau carikan aku yang cantik je.” Aku cakap sewaktu kami berjalan mencari tempat melepak dalam sebuah pusat beli-belah. Oleh kerana rancangan menonton filem tak jadi, ia wajib diganti dengan aktiviti yang lebih atau sama tahap seronok. Hence, sesi lepak minum.
“Ada, kalau kau nak kenal,” Nad balas. I don’t know if this is the kind of friend that she’d like to never hear from again. Well, because I have a long history of effortlessly screwing things up when it comes to any relationship. Mungkin ini adalah kawan yang Nad kurang gemar, jadi dia mahu kenalkan kepada aku, supaya apabila apa-apa terjadi kelak, Nad akan dipersalahkan, dan mereka berdua tidak lagi menjadi kawan. Oh my, how sneaky!
I’m sorry, I’m sorry. Pardon my ridiculous train of thoughts.
“Bak tengok gambar dia.” Aku pinta.
Hey hey, don’t judge me. You know what they say, dari mata turun ke hati. Maka, perkara pertama yang patut dilakukan adalah melihat wajahnya terlebih dahulu.
Nad tunjukkan aku gambar-gambar daripada akaun Instagram perempuan ini. Apa nama perempuan ini aku kurang pasti; tak ingat. Umurnya sebaya aku, mungkin. Hell, I don’t remember much.
“Cantik tak?” Nad tanya.
“Cantik,” aku balas. Dari pemerhatian kasar berdasarkan gambar-gambar tersebut, I guess it’s safe to say that she’s way out of my league.
“High maintenance?” Aku tanya.
“Tak la. Biasa-biasa je. Dia ni dah lama single.”
“Dia orang mana?”
“KL.”
Nahhhh, I’ll pass.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan