I haven’t touched my savings for almost a year. Last year, I bought nothing. No new clothes. No new shoes, new books, new phone, new car accessories, new fancy hair or skincare products. No new whatsoever. Literally nothing. The only thing I bought recently was a birthday gift for Haikal.
Not sure why, but material possession don’t excite me anymore. Aku mampu untuk harungi hidup ini dengan apa yang sedia ada tanpa langsung keinginan untuk merungut dan mengeluh.
Aku buka almari pakaian, aku lihat baju yang semakin tiada. I wear the same damn clothes for two or three years now. Kalaupun ada baju baru, ia adalah pemberian dari kawan-kawan yang balik bercuti sebagai cenderahati. It’s cool though, I got t-shirt from all over the world. Beijing, Bangkok, Rome, Phuket, Bandung, Scotland and many more.
I did nothing much with my money. Kecuali untuk hal-hal kecil. Belanja makan, bayar bil dan komitmen, isi minyak kenderaan, duit poket untuk adik-adik yang masih belajar, servis kereta, pergi bercuti, melakukan sedikit aktiviti sosial dengan kawan-kawan dan entah apa lagi.
This is a bit worrisome, to say the least. Aku takut kalau-kalau keinginan untuk berbelanja ini semakin hari semakin luput, dan perlahan-lahan bakal diganti dengan sifat cinta dan berkira soal duit. No, I’m not a cheapskate nor stingy. But like I said, material possession just don’t excite me anymore.
It’s hard being a breadwinner of the family. Hal-hal kerja yang semakin lama semakin mengambil alih, tanggungjawab terhadap manusia di sekeliling yang tersandar di atas bahu, kepayahan mengurus kewangan diri yang terkesan melelahkan dan langsung tidak menyeronokkan, sifat berhati-hati yang perlu diterap dalam setiap perancangan hidup, adik-beradik yang perlukan pengawasan dan penjagaan seadilnya.
“I got five younger siblings. That’s why I don’t think about getting married that much. Banyakkkk lagi benda lain aku nak kena fikir.” I told Nad the other day. Lucky for me, she kinda understand my situation. In fact, she’s the eldest in her family as well. It’s nice when someone gets you.
Tak lain tak bukan, risau sebenarnya. Bagaimana jika tiba-tiba hidup yang sedia ada ini tidak lagi mampu membantu keluarga dalam kadar paling optimum. Bagaimana jika Tuhan tarik balik segala kesenangan ini tanpa apa-apa isyarat awal. I never want my other siblings to go through the same hardship in life when I was a kid. I never want the burden of being the bearer of our family struggles to go back on Ayah’s shoulder once more.
We’ve had enough. For real, we’ve had enough.
Setiap kali kenal dengan mana-mana perempuan, this is the first thing that came into mind. Bukan soal dekat jauh jarak antara kami. Bukan soal belanja majlis kahwin. Bukan soal berapa banyak wang hantaran. Bukan soal nak tinggal di mana. Bukan soal menangani kerenah mertua. Bukan soal mengekalkan rasa cinta yang sama. Bukan soal itu. Bukan soal ini. It’s about building a new relationship with my significant other while sustaining the one I’m having right now.
Most people just don’t understand. Yang mereka nampak usaha aku yang mereka rasakan terlalu kecil dan tidak serius dalam membina sesebuah perhubungan. They even have the guts to say I don’t commit enough. Mind you, I’m not in my teenage years anymore. Menginjak umur dewasa ini, aku mengerti bahawa cinta bukan segala-galanya. Love can wait. It always can wait. Above all else, family first. Kemudian baru aku ada masa untuk fikirkan hal-hal lain dalam hidup.
This is what I need to do. To always remind myself to stick to what matters most, and to never drift off of my path in life.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan