1. The easiest way to know if someone’s really good with words, go ahead, try having an argument or conversation with them.
2. Dalam tempoh sebulan ini, boleh kata hampir setiap malam aku keluar bermain snooker dengan kawan-kawan. Ketika masih bersekolah menengah, aku tak pernah langsung bermain permainan bangang ini. Umur dah masuk dua puluh empat tahun, baru timbul rasa minat.
3. Dalam tempoh seminggu dua ini, aku tak rasa macam nak menulis sangat. Malas sebenarnya. Banyak yang berlaku, tetapi aku biarkan ia berlalu begitu sahaja.
4. Maaf-lah, tetapi hidup aku secara alaminya memang pudar, rutin, banal dsbnya campur semua sekaligus. Dan sekali lagi, maaf-lah, aku tak ada banyak advencer menarik untuk selalu dikongsi.
5. Chinese New Year, dan bekerja macam biasa. Setiap kali dengar orang mengadu letih bekerja, aku selalu tanya, “Sabtu Ahad cuti ke kerja?” Kalau jawapannya adalah cuti, I cringe a little inside.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan