Jumaat, 5 Februari 2016

Unwanted thoughts

1. Aku fikir orang terlalu ghairah untuk buatkan gambar-gambar mereka kelihatan menarik di laman media sosial, sehingga terlupa benda paling asas dalam proses menangkap gambar, yakni untuk merakam sebuah memori.

2. Camera Lucida by Roland Barthes.

3. Setiap kali Aiman pulang ke rumah, aku berasa sedikit lega. Sebab dia boleh dibuat tempat bergantung harap untuk ringankan kerja aku.

4. Pergi ke bank untuk urusan rutin, hanya untuk dapati kad ATM aku tiba-tiba tak boleh diakses. Maka terpaksa guna buku bank untuk buat transaksi. Aku belek, dan aku lihat kali terakhir ia dikemaskini pada tahun 2011, sewaktu aku masih lagi belajar di kolej. Ada amaun-amaun kecil tercatit sebagai bukti aku pernah bergelut untuk hidup selama tiga tahun di Seri Iskandar, lantas terdetik dalam hati, “How did I manage to survive?”

5. Satu senyuman yang mampu memudarkan segala masalah.

6. Tiga malam berturut-turut bermimpi hal-hal aneh. To whatever demons in my dream, get the fuck out. It’s not funny anymore.

7. 5:43PM, now let’s sleep.

Tiada ulasan: