Jumaat, 26 Februari 2016

My hair? Majestic as fuck.

“You ada jumpa M?” Aku tanya kepada lelaki yang sedang sibuk menggunting rambut aku semalam. “Dia baru kahwin dua minggu lepas.”

“S,” aku beritahu, sebelum menyambung, “minggu lepas dia kahwin. Dia punya kenduri, kalau tak silap, bulan Jun nanti. Dia ada jemput semua kawan datang.” Kemudian aku sebut lagi nama tiga empat orang kawan yang bakal berkahwin tahun ini.

“You bila?” Dia tanya. Aku tak jawab. Tetapi sebagai ganti aku sekadar ketawa.

I’ve known him since primary school. Dan lelaki ini fasih bertutur bahasa Melayu tanpa slanga Cina. Faktor persekitaran gamaknya, memandangkan dia banyak bergaul dengan manusia selain bangsa sendiri.

I mean, that’s just one of the perks of us being in a multiracial school. Namun bila masuk kolej (semua pelajar Melayu/Bumiputera Muslim), kawan sekelas pelik bila dapat tahu aku ada ramai kawan berbangsa Cina dan India. Kerana kebanyakan mereka, rata-rata bersekolah di kawasan majoriti Melayu, dan tak banyak bergaul dengan bangsa lain.

“Macam mana kau boleh kenal Cina dengan India ni semua doh?” They often asked me. What a silly question. I met them at school, you idiot.

Berbalik kepada lelaki yang menggunting rambut aku ini tadi, dia buka perniagaan sendiri sudah hampir tiga tahun. And I’ve been going to him for a haircut ever since. Kerana kebanyakan tukang gunting rambut lain tak faham apa yang aku mahu. Lain yang aku suruh, lain yang mereka buat.

Mudah sebenarnya. All I need you to do is get rid of my thick wavy hair, supaya ia kelihatan kemas dan mudah disisir. I mean… how hard is that?

Tiada ulasan: