1. Aku ada habit untuk terus ke sinki basuh tangan walaupun masih mengunyah suapan terakhir. "Haa, idok le nyabo," bak kata orang Perak.
2. Sebenarnya, sampai sekarang aku tak boleh nak hadam album baru Mew. Ia bagus, masih lagi kekal dengan bunyian distinct yang membuatkan Mew adalah Mew yang aku dengar selama ini. Tetapi itulah... the whole album didn't do justice for me.
3. Untuk tahun 2015 filem kegemaran aku adalah Mad Max: Fury Road. Inilah satu-satunya filem yang aku rasa nak tonton dua kali, dan paling berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.
4. Never say you're bad at something. For example, never say, "I'm a bad cook." Instead, say, "I can cook, but just not well enough."
5. Twist your words around, my dear. It ain't that hard.
6. Aku berharap Tuhan sediakan neraka khas untuk manusia yang kongsi video-video kemalangan ngeri di news feed Facebook aku.
7. Sepatutnya aku keluar rumah pukul empat petang, pergi bank dan kaunter pandu lalu majlis perbandaran, uruskan bil-bil dan komitmen, dan pulang ke rumah untuk tidur petang. Tapi takdir dah tertulis untuk aku taip nota bangang ini, kemudian tidur petang dan sejam selepas itu, bangun untuk keluar minum dengan seorang kawan.
8. Hey, isn't life wonderful?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan