Khamis, 7 Januari 2016

Thursday is treating me well so far

1. Saya suka dengar orang guna loghat Perak. Wujud sense of belonging dan saya tahu saya betul-betul selesa dengan seseorang bila dapat berbual guna loghat Perak macam biasa tanpa rasa canggung. Kalau berbual dengan manusia asing, selalunya saya tiba-tiba jadi pretentious fuck dan mula bercakap macam orang KL. But unfortunately, loghat Perak saya tak berapa nak tulen. Tak true, bak kata hipster. Sebab ia campuran hybrid antara loghat Perak dan Utara.

2. Saya selalu bungkus air dan beli sarapan pagi di restoran sama hampir setiap hari. Kalau saya terlupa bawa duit (purata seminggu dua kali terlupa), kakak jaga kaunter bagi hutang dulu. Mungkin inilah kemanisan jadi seorang pelanggan tetap.

3. Dua tempat yang saya cukup menyampah untuk pergi adalah bank dan stesen minyak. Apa-apa proses yang berlaku di dua tempat ini selalunya bangang dan leceh. Sebab itu dompet saya jarang ada duit, dan fuel gauge kereta selalu berkelip.

4. Saya berhenti daripada membeli di satu restoran berdekatan kawasan tempat kerja sebab makcik ini perasan konon saya syok dekat anak perempuan dia. Farah namanya. Pelajar tingkatan tiga. Form three student, for God's sake. Saya tak dapat nak elak daripada menjangkakan perbualan kami akan jadi begini. "Hai awak. Tengah buat kerja sekolah kettew?" What the fuck...

5. Untuk tahun ini, hanya dua orang adik saya masih bersekolah. Seorang di sekolah menengah, seorang lagi di sekolah rendah. Tak pasti macam mana Ayah mampu tampung kos belajar kami enam beradik sekaligus pada satu ketika dulu. It must've been hell inside his pocket.

6. Bila tak buat apa-apa di rumah, saya beranikan diri untuk bayangkan hidup berkeluarga. Ada seorang perempuan di sisi, and let's say, ada dua tiga orang anak kecil. Muncul bermacam-macam situasi dan andaian yang buatkan saya teringat kata-kata Mark Renton kepada Spud dalam filem Trainspotting, "it's a tightrope, Spud. It's a fucking tightrope."

2 ulasan:

Leana F M berkata...

MARK RENTON. Sorry, I just have to -this one reads your blog *waves and goes*

Muhammad Aliff berkata...

Hahaha Mark Renton!