Bagi aku, lebuh raya Ipoh-Lumut ini adalah laluan rutin. Aku sampai dah boleh hafal berapa batang lampu isyarat sebelum sampai Ipoh, di mana ada kamera perangkap laju, di mana jalan berlubang dan bertampal, di mana tempat sesuai untuk memecut laju, di mana tempat ideal untuk berlumba macam syaitan, dan sekian sekian.
Pendek kata, pejam mata pun boleh sampai. Well... metaphorically speaking. Sebab kalau memandu sambil pejam mata, memang tempah maut namanya.
Malam tahun baru, aku dan Aisyah jemput Aiman di stesen keretapi Ipoh. An hour plus drive, give or take. Mengenangkan aku sendiri tak ada apa kerja nak dibuat selain berehat di rumah, maka aku keluar memandu. Mujur kenderaan tak banyak di atas jalanraya. Dan tak ada manusia bangang yang memandu perlahan di lorong kanan.
Kami singgah makan di sebuah restoran dalam perjalanan pulang. I've been here before. Twice with friends. Terletak tak sampai satu kilometer dari rumah sewa aku sewaktu belajar di Seri Iskandar dulu. Selalunya bila orang tanya apa yang ada di Seri Iskandar, aku jawab ringkas: tak ada apa. Pada pandangan mata aku, ia masih sebuah pekan jarak pekan tekukur.
Tetapi aku ada banyak memori di sini. Terlalu banyak memori. Tempat aku belajar erti kehidupan. Tempat aku kenal kawan-kawan kegemaran. Tempat aku belajar hidup berkongsi. Tempat aku belajar memahami kerenah manusia. Tempat aku jatuh cinta untuk kali pertama. Tempat sama juga yang buat aku patah hati. Ada seribu satu sebab untuk aku sentiasa berterima kasih kepada tempat ini kerana menjadikan aku seorang manusia hari ini.
Di meja makan, semasa kami sedang sibuk mengunyah, tak banyak perbualan berlaku. Aku mengantuk. Aiman mengantuk. Aisyah mengantuk. Kami cuma mahu cepat-cepat makan, balik rumah dan tidur.
"Ayah tanya haritu, kau tak nak pergi umrah ke?" Aiman beritahu aku. Rasa macam nak tersembur keluar makanan dari mulut aku ketika itu. Soalan yang datang tak semena-mena. I mean... umrah? Where did that come from?
Tak pasti kenapa, tetapi mungkin Ayah lihat aku sudah semakin kurang berbelanja untuk benda-benda merapu, dan lebih banyak menyimpan. Tak banyak yang aku guna untuk tahun lepas kecuali untuk pergi bercuti, untuk keluarga, dan untuk hal-hal penting.
Jujur cakap, tak pernah terlintas dalam benak aku tentang perkara ini. Malah tak keterlaluan kalau aku cakap, usaha untuk membawa diri ke arah itu langsung tiada. Terlalu sibuk dengan urusan dunia, sehingga tak ada masa untuk memikirkannya.
Aku beritahu seorang kawan tentang hal ini petang tadi. His initial reaction was, "jom, aku pun teringin nak pergi sebenarnya" Jawapan ini buat aku sedikit terkejut. Sebab ia datang dari seorang syaitan. Maksud aku, seorang kawan berperangai syaitan yang aku dah lama kenal. But he was dead serious. Tak ada nada main-main. I said we shall discuss this later.
Remember when I said I'm going to put my money to good use? Well, maybe this is it.
Or maybe not. I have no freaking idea. We shall see.
10:24PM Friday 1 January 2016

Tiada ulasan:
Catat Ulasan