Isnin, 4 Januari 2016

Monday is treating me well so far

1. I'm thinking of switching to postpaid plan soon. Dah tua-tua begini, tak larat rasanya nak kumpul kredit tambah nilai yang jarang digunakan melainkan untuk beli capaian internet dan telefon orang dalam hal-hal kerja.

2. Did I just use 'dah tua-tua...'? I'm only 24 years old for God's sake.

3. Sudah hampir dua minggu, setiap pagi sewaktu tengah buat kerja, akan ada seekor kucing betina warna hitam datang mengiau pada aku. Mulanya aku ingatkan dia minta makanan, jadi aku beri makanan. Tetapi dia tak sentuh. Kemudian aku beri air, dan sejak itu, dia minum dengan lahapnya.

4. Tiba-tiba teringat pada seorang pakcik berbangsa India. I was taking a five minutes break from work. Letih, tak larat berdiri, maka aku duduk sebentar, dan cucuh sebatang rokok. Separuh jalan hisap, pakcik ini datang. I was about to throw my cigarette away, sebelum pakcik ini cakap, "it's okay, it's okay. Smoke first." Oh so thoughtful.

5. Dalam kebanyakan waktu, aku adalah lelaki yang menulis tentang perempuan yang menulis tentang lelaki lain.

6. Aisyah tanya sewaktu isi borang BR1M, nak letak berapa gaji aku pada ruangan pendapatan sebulan. "Letak je RM600," aku suruh. Dah letak RM600 pun tak dapat juga kali ini, I don't know what else to say.

7. Tetapi kalau dapat, rasa macam nak belanja diri sendiri sepasang kasut baru, sepinggan makanan sedap, dan bayar saman parkir.

8. I'm sorry, tapi drama (atau slot cerekarama?) di sini dah habis. Let's write a new chapter... no, no, let's write a new story, shall we? And thank you for reading and noticing, random stranger. You just made my day!

9. Masak lemak sohun for the win!

Tiada ulasan: