Selasa, 26 Januari 2016

I am my own (?)

Filem pertama aku untuk tahun 2016 adalah Ip Man 3. Tiket RM10, dan aku tak ada benda lain untuk dilakukan pada petang Isnin melainkan tidur sehingga waktu senja, maka aku setuju untuk keluar menonton bersama.

Surprisingly great, I must say. Ketepikan seketika elemen aksi, kerana ia menawarkan sesuatu yang lebih daripada itu. Sebab kalau setakat nak tonton adegan tumbuk terajang sampai tulang patah riuk, I’d rather watch Ong Bak.

Ada satu babak yang masih kekal melekat dalam kepala. Sewaktu Ip Man menari girang bersama isterinya berlatarkan bunyi suasana chaos orang sedang berlawan, sambil berselang-seli pula dengan adegan orang sedang berlawan berlatarkan musik tarian Ip Man bersama isterinya. I don’t know why, tetapi ia sesuatu yang indah bagi aku.

“Tepi, tepi. Dunia dan segala isinya boleh pergi mampus, aku nak menari puas-puas dengan isteri aku.”

I can relate to it quite well. Bila keluar memandu tanpa arah tuju, aku selalu pasang lagu-lagu elektronik yang kebanyakan orang tak gemar. Bingit. Generik. Laju. Lantang. Sesak.

Entahlah, namun musik begini tak mampu pengaruhi aku secara total. Tak ada pula pemanduan aku tiba-tiba jadi agresif, tak timbul rasa nak langgar pak lebai yang bawa kereta perlahan macam kura-kura di depan aku. No, nothing like that.

I’m busy meddling with my own thoughts most of the time. Sedar, bukan tak sedar apa yang telinga aku sedang dengar. Aku sedar apa yang sedang berlaku di luar cermin kereta. Aku sedar setiap pergerakan di sekeliling. Aku sedar orang sebelah cakap apa.

But I couldn’t care less. And I like the fact that chaos couldn’t affect me at all.

Tiada ulasan: