Isnin, 25 Januari 2016

Annie, are you okay?

1. Perempuan Paling Cantik Dalam Dunia is here! Perempuan Paling Cantik Dalam Dunia is here! Perempuan Paling Cantik Dalam Dunia is here!

2. I told my friend, “Tengok muka dia, terus hilang semua masalah aku. Tapi sekarang, dia pulak dah jadi masalah aku.”

3. Terhayun parang, sedikit tersasar, kemudian mata parang terkena kuku ibu jari tangan kanan aku. Nasib baik luka tak dalam. Tetapi kuku aku terbelah dua dalam keadaan yang agak mengerikan. Near miss at its worst.

4. Luka dah dibalut, dah sapu ubat, belum mati, dan masih boleh menaip ini, maka kira okay-lah.

5. Bungkus air minuman pukul sebelas pagi tadi di sebuah gerai tepi jalan, kemudian datang seorang makcik bagi aku dua bungkus nasi lemak yang tak habis dijual secara percuma. Baru satu suap masuk dalam mulut, aku dah tak berselera. “Patut la bagi free. Tak sedap.”

6. Isnin aku sama macam Ahad. Which is good, by the way. Ka-ching! $$. Ka-ching! $$.

7. 12:30PM, dan cuaca Sitiawan panas macam neraka. Did I say hell? Yes, hell.

8. If anything, don’t indulge yourself in a (fill in the blank) relationship. Don’t be an idiot. Don’t be like me.

9. Sedang berkira-kira untuk batalkan rancangan ke Itali (dan Thailand) tahun ini. Vacation can wait. It can always wait. Aku nak beli rumah, beli perabot, beli perkakas dapur, beli set home theater dan nikmati hidup bujang sepuas-puasnya dalam rumah sendiri.

10. Settle down does not equal to marriage, you idiot. Siapa ajar kau teori mengarut ini, aku pun tak tahu.

11. Habiskan hujung minggu aku dengan mendengar album To Pimp a Butterfly oleh Kendrick Lamar. Tak perlu jadi peminat setia Kendrick Lamar (atau genre hip hop, itself) untuk tahu bahawa album ini sangat sangat sangat bagus.

12. My train of thoughts works in symbolism. Contoh mudah (dan malas), umpama kelalaian aku untuk merendahkan pandangan ke arah tempat sujud sewaktu bersembahyang adalah simbolik kepada keengganan aku untuk tunduk kepada perintah Tuhan dalam hal-hal kehidupan seharian. While having a random thoughts, it goes on and on inside my head in the form of writing. Seolah-olah bercakap dalam nada sebuah tulisan. It’s weird. But it’s a good weird, no?

Tiada ulasan: