"Jangan pasang CD ceramah dalam kereta, dan belanja makan," aku beritahu dua syarat. Sudah tentulah aku sekadar melawak... about the latter. Tak belanja makan tak apa, asalkan jangan pasang CD ceramah sewaktu aku memandu.
Pukul tiga petang, Y sampai depan rumah. Aku yang baru sahaja lepas habis kerja, masih lagi cuba untuk mengerti kenapa aku bersetuju untuk ikut sama. Walhal aku mampu untuk menolak, dan paling penting, aku dapat tidur petang dengan selesa. Tetapi memandangkan dah terlanjur berjanji, maka aku ikutkan juga, although God knows why, aku yang terpaksa memandu petang itu.
Y ada sesi temuduga di Batu Gajah, di sebuah kilang elektronik, pada pukul empat petang. Separuh jalan, sewaktu tersedar kami dah semacam terlewat, sebab terleka berborak, aku pecut kereta macam orang tak siuman.
Aku tinggalkan Y di pagar depan kilang, kemudian aku bawa diri memandu tanpa arah tuju. Aku ke stesen kereta api Batu Gajah, melihat orang menunggu giliran untuk berangkat naik. Kemudian aku ke masjid untuk sembahyang Asar. Dan kemudian aku buang masa meronda sekitar pekan. Aku ke Kellie's Castle. Ke kawasan lombong melihat orang memancing.
Minyak kereta masih ada separuh tangki, dan sesi temuduga Y entah bila nak habis, maka aku memandu dan terus memandu tanpa pedoman sekadar untuk melengahkan waktu.
He's getting married. Pada hujung bulan dua tahun depan. Dengan kontrak kerja bakal tamat tak lama lagi, jadi sekarang adalah masa sesuai untuk tabur resume di mana-mana syarikat yang sesuai dan mula cari kerja di tempat lain.
He's a good friend of mine. Aku kenal Y dari sekolah rendah sehingga sekarang. Dari zaman dia gila bikin kereta dan sibuk jadi syaitan sampailah sekarang dah berubah ke arah lebih baik, tinggalkan kerja sia-sia dan rajin pergi majlis ilmu.
Setahun yang lepas, dia kenalkan aku dengan seorang kawan perempuan kepada bekas tunangnya. Aku tak reti berkenalan dengan cara begini. Dan tak berapa suka, sebenarnya. I said I'd give it a try, but nahh it didn't work out. Pheww thank God for that.
Malam itu, selepas selesai urusan temuduga, aku balik rumah, mandi, tukar pakaian, aku keluar semula melepak dengan kawan-kawan yang lain. Maka aku cerita kepada mereka, tentang apa yang aku buat seorang diri petang tadi. Mereka tekun dengar. Namun sampai sahaja bahagian cerita yang aku singgah sembahyang di masjid, semua pandang slek.
"Butoh, penipu."
10:42PM Friday 18 December 2015

Tiada ulasan:
Catat Ulasan