Habis makan tengah hari dalam sebuah restoran yang penuh dengan manusia, aku duduk diam tanpa banyak bunyi untuk beri peluang kepada proses hadaman. Dua orang perempuan yang makan sekali dengan aku juga tak banyak bunyi, dan tak banyak pergerakan. Kenyang atau apa, itu aku tak pasti.
I was raised by my parents to always finish my meal. Walaupun kadang-kadang, ia tak masuk akal sebenarnya. Sebab boleh jadi aku dah kenyang. Boleh jadi makanan tak sedap. Boleh jadi aku tiba-tiba putus selera. Tetapi untuk rekod, ya, jarang nak dapat tengok aku tinggalkan makanan dalam pinggan tak habis.
Makan tengah hari selalunya buatkan aku mengantuk. Macam ada Lucifer bergayut di atas kelopak mata. Seperti tempoh hari, aku keluar makan tengah hari dengan seorang kawan. Kami mula makan pada pukul dua petang, dan hanya pulang ke rumah selepas pukul lima petang. Sebab masing-masing malas untuk angkat punggung bangun dari kerusi meja makan.
Makan lima belas minit, kenyang, so we sat there talking to each other, kemudian mengelamun, kemudian main handphone, kemudian sambung berborak, kemudian pesan segelas air baru, kemudian meja makan sunyi tanpa perbualan, kemudian berborak semula sehinggalah salah seorang daripada kami akhirnya bangun untuk ke kaunter bayaran.
Makan lima belas minit, kenyang, so we sat there talking to each other, kemudian mengelamun, kemudian main handphone, kemudian sambung berborak, kemudian pesan segelas air baru, kemudian meja makan sunyi tanpa perbualan, kemudian berborak semula sehinggalah salah seorang daripada kami akhirnya bangun untuk ke kaunter bayaran.
"Bos," perempuan di sebelah aku tiba-tiba bersuara ke arah seorang pekerja restoran yang sedang leka menukar sabun basuh tangan di kawasan sinki. "Itu bukan sabun. Itu air."
"Itu bukan sabun. Itu air." Perempuan di sebelah aku ulang untuk kali kedua. Sebab dia nampak pekerja restoran ini campurkan air dalam bekas sabun dalam kadar yang tak munasabah. Kita sedang bercakap soal nisbah di sini. 90 peratus sabun dengan 10 peratus air, itu boleh diterima akal. Anything other than that, it's fairly unacceptable.
Bagi aku, jujurnya, ini perkara remeh dan tak penting. Lainlah kalau pekerja ini celup jari dalam minuman aku. Atau jatuhkan ayam aku atas lantai. Mungkin setakat ini, keprihatinan aku hanya sekadar tertumpu kepada kepentingan yang melibatkan diri sendiri. Apabila ia melibatkan kepentingan umum atau orang lain, seolah-olah wujud diffusion of responsibility yang begitu ketara.
Dalam bahasa yang mudah difahami, I don't really care.
Dalam bahasa yang mudah difahami, I don't really care.
She was being so vocal about it. And I admire that. And I respect that. Ada sesuatu untuk dibangkitkan. Ada kesungguhan. Ada rasa penuh tanggungjawab. Kualiti yang jarang aku jumpa dalam diri manusia-manusia yang aku kenal selama ini.
It's quite unrelated, tapi kejadian ini serta-merta mengingatkan aku kepada seorang sepupu yang juga ada kualiti begini dalam dirinya, kemudian terdetik dalam hati aku tatkala memandang wajah perempuan ini. "You're going to be an amazing mom one day."
6:55PM Monday 21 December 2015
6:55PM Monday 21 December 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan