No one ever talks about marriage in this house. No, no, not in this house. Topik ini tak pernah keluar waktu kami sekeluarga duduk makan malam, atau waktu kami duduk santai di ruang dapur selepas pulang dari kerja, atau atau waktu kami duduk bincang hal-hal keluarga, atau waktu kami duduk bersenang-senang di ruang tamu.
Topik ini kebiasaannya datang dari mulut orang luar. Yang tak habis-habis dengan soalan dan telahan. Dah bermenantu ke belum, berapa orang cucu dah, tak nak kahwin dengan anak pakcik ke, yang sulung ni bila lagi, umur ni dah elok kahwin yada yada yada.
I'm very secretive about my relationship. Hubungan dengan keluarga, dengan kawan-kawan, dengan perempuan, dengan manusia asing. Dalam tulisan, nampak macam aku beritahu segala-galanya tentang hidup aku untuk dibaca. No, not really. Melainkan kalau aku bercerita secara peribadi, trust me, you people know absolutely nothing.
But I remember that one time Aiman asked me, out of nowhere, "bila kau nak kahwin?"
It came as quite a shock to me. Sebab kali pertama soalan ini hadir daripada darah daging sendiri. I swear to God, even Ayah never ask me such question. To be honest, I don't have an answer for that. Do I even want to get married? Yes. So, when? I have no freaking idea. With who? Beats the hell out of me.
Naluri untuk hidup berteman ini wujud dalam diri setiap manusia, itu tak dinafikan. Untuk berbual, untuk berkongsi, untuk merancang, untuk bertukar pandangan, untuk memahami susah senang, untuk merasai, untuk menyelami. I think I got one, and I'm thankful for that.
Who the fuck cares, umur berapa kau kahwin pada zaman serba moden ini? Tell me, who the fuck cares? Aku ada seorang pak sedara, umur pertengahan 40-an dan masih belum berumahtangga. Is he not happy with his current life? I highly doubt it.
Banyak lagi yang aku ingin kejar dalam hidup. Banyak lagi yang ingin aku selesaikan terlebih dahulu. And last time I checked, punai aku masih belum gatal lagi untuk mula beranak-pinak. Sebab aku dah jadi saksi penceraian berlaku banyak kali depan mata, atas gabungan hal-hal bangang dan hal-hal besar yang tak mampu diselesaikan secara dewasa dan matang.
I'm grateful enough, tak ada sesiapa pernah paksa aku untuk lakukan sesuatu yang aku sendiri tak bersedia. Because marriage is the least thing on my mind right now.
1:18PM Thursday 24 Dec 2015
I'm grateful enough, tak ada sesiapa pernah paksa aku untuk lakukan sesuatu yang aku sendiri tak bersedia. Because marriage is the least thing on my mind right now.
1:18PM Thursday 24 Dec 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan