1.
2. Berkenaan gambar di atas, ia diambil (kemudian diubah sedemikian rupa) sewaktu kami bercuti di Pulau Perhentian. Dan macam ayat terakhir Lieutenant Aldo Raine dalam filem Inglourious Basterds (2009), "You know something, Utivich? I think this just might be my masterpiece."
3. Aku tak jumpa gambar asal. Ia bersembunyi dalam folder WhatsApp Images yang mengandungi dua puluh tiga ribu keping gambar.
4. I find it cute when she apologize to me, even when it's not her fault.
5. Hari Jumaat yang melelahkan. Aku makan tengah hari pukul sepuluh pagi (yes, you read that right), selesai sembahyang Jumaat aku tidur lena sepanjang petang, kemudian sewaktu menaip ini, yakni tiga puluh minit menuju pukul sembilan malam, aku sedang merintih kelaparan.
6. Kali terakhir aku makan mee kari adalah kira-kira dua bulan lepas sewaktu keluar dengan S. Dah, tepi semua, tepi. Aku ada perjalanan yang jauh malam ini dengan kawan-kawan demi semangkuk kebahagiaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan