Ada resah dalam perbualan kami berempat malam itu. Sesi makan malam berlima, sebelum seorang lagi minta diri untuk pulang awal ke rumah.
"Fuck you Najib," kawan aku kata, sambil menggeleng kepala. Topik perbualan berkisar sekitar PAU 2015, ucapan-ucapan retorik, kos sara hidup, peluang pekerjaan, serangan pengganas, ketidaktentuan ekonomi yang membimbangkan dan segala macam.
I don't always talk about politics, but when I do, ia selalunya dengan manusia-manusia yang rapat dengan diri ini. Mudah untuk tahu seseorang itu bangang atau apa, hanya perlu bawa mereka bercakap tentang politik. Selalunya kebodohan akan segera tertiris sewaktu bercakap tentang ini. Kadang aku cuba berbual tentang ini dengan manusia yang baru aku kenal. Kalau okay, maka okay-lah. Kalau tidak, I will never talk about it ever again.
Macam aku pernah cakap, aku tak pernah peduli jika orang nak sokong kerajaan atau pembangkang atau berdiri di atas pagar, but be reasonable in everything, and most important, never trust a politician.
Mata aku masih tertancap pada skrin tivi yang menayangkan perlawanan bola sepak. Sambil cuba menghadam isi perbualan. Aku boleh dibawa berbual hal-hal begini, bila-bila masa sekalipun. Tetapi yang selalunya orang nampak adalah Raja Muhammad Aliff yang lebih banyak tak serius, dan lebih banyak merapu di meja makan.
I told them I'm saving up as much as I can right now. Sambil cuba mengurangkan rancangan tak berapa penting seperti berjoli atau keluar bercuti atau membeli-belah dsbnya. Sebagai persediaan menghadapi segala kebarangkalian yang bakal tiba sehinggalah situasi semasa kelihatan lebih stabil.
Kawan-kawan aku ramai yang bekerja sendiri, sama macam aku, so in a way, we can sense something is up way earlier. Ada modal yang semakin menekan tanpa henti. Ada kuasa membeli yang semakin longlai. Ada kos sara hidup yang membebankan. Ada aliran tunai yang goyah.
"Kalau susah sangat, kita pergi Itali kerja dengan Dominico petik buah zaitun."
Kami berempat ketawa. We made that plan a year ago. Mind you, ia sesuatu yang tidak serius sebanyak mana ia sesuatu yang serius.
12:36PM Tuesday 15 December 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan