"Complete opposite of me," aku beritahu Miss F, sebelum menyambung semula dalam sebuah perbualan menghampiri waktu senja, "different philosophy of life. Different views on so many things. But I cherish those. Ada constant argument dalam banyak benda."
Dalam hidup, aku sentiasa pastikan ada manusia-manusia tertentu yang mampu dibuat tempat bergantung harap. Manusia untuk aku mengadu. Manusia untuk aku cintai. Manusia untuk senang aku buat kerja. Manusia untuk aku jadi tidak serius. Manusia untuk aku minta pendapat. Setiap satu ada peranan yang berbeza mengikut konteks masing-masing.
Kalau fikir nak seronok dunia, aku ada sekumpulan kawan yang lebih nakal daripada Lucifer. Kalau nak bekalan akhirat, sentiasa ada kawan yang tak jemu pelawa aku untuk sertai program majlis ilmu. Kalau nak berjenaka dan berperangai macam budak-budak sekolah, there's always Borakian besides me all the time. It all boils down to one's preference and choices, actually. Hanya perlu pilih yang mana sesuai untuk diri sendiri.
Sebelum itu, kami bercerita tentang percutian Miss F ke New Zealand. Dan tentang percutian aku ke Pattaya. Dan tentang konsert Hujan 10 Tahun. Dan tentang ura-ura untuk ke Indonesia pertengahan tahun depan. Dan tentang betapa bermasalahnya kiblat perancangan hidup sesetengah manusia. Sebelum masuk kepada kisah tragik hidup kami berdua.
Umur dua puluh empat tahun dan bakal menginjak dua puluh lima tak lama lagi, aku tak rasa aku cukup pengalaman hidup. Berbeza dengan Miss F, she has gone through so much. Sampai kadang aku jadi segan untuk merungut tentang hidup aku yang tak seberapa ini. But I'm willing to learn. I'm willing to make mistake. I'm willing to take the chance.
Kami ada begitu banyak pandangan berbeza dalam menangani perjalanan hidup. But I don't feel the need to prove anyone's wrong. Aku rayakan segala perbezaan yang wujud sebagai satu medium cerminan diri. To reflect on things from different perspective.
Awal tahun ini, aku pernah beritahu Miss F yang aku hampir terbeli sebiji superbike. Entahlah... sebagai hadiah untuk diri sendiri dan sebab aku tak tahu nak buat apa dengan duit aku ketika itu. She laughed and said go for it. But I don't know why I ditched that plan of mine.
Hampir dua minggu lepas, aku bercerita tentang perkara yang baru sahaja berlaku dalam hidup, dia ketawa kecil sewaktu mendengar. Well, I think that's an appropriate response to that. Untuk sama-sama ketawakan tragedi. And to bravely scream at the face of the Universe, "come on, bring it on!"
Sebelum kami tamatkan perbualan mengenai hal-hal diri ini, dan beredar pulang, Miss F tinggalkan satu pesan yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Yang buatkan aku lekas menganggukkan kepala tanda setuju dan hanya mampu ketawa kecil sewaktu mendengarnya.
10:36AM Monday 14 December 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan