Selasa, 22 Disember 2015

Apple yogurt, my ass.

"Makan mana?"

Aku kira, ini adalah soalan paling susah untuk dijawab dari zaman aku mula masuk belajar di kolej sehinggalah ke hari ini. Apatah lagi sikap skeptik kami dengan kewujudan kafe-kafe hispter atau lambakan restoran yang baru dibuka, that's why we always end up dining at the same damn place each time.

Shitty place, I mean.

Malam semalam, kami luangkan sedikit waktu ke sebuah restoran baru dibuka. It was nice. The setting, the atmosphere, the whole decoration, the waitress and all. Pendek kata, ada suasana makan yang selesa.

Aku pesan apple yogurt. Sebelum tak berapa lama kemudian, datang seorang pelayan cantik beritahu ia sudah tidak tersedia dan minta aku tukar kepada minuman lain.

"Apasal takde?!" Aku bingkas bangun, dan terus tampar pipi pelayan ini. Aku tepuk meja sekuat hati, dan tanya sekali lagi.

"Apasal takde?!" Pelayan ini pegang pipi yang berbekas kemerahan, dan mula menangis. Orang dalam restoran semua pandang ke arah aku.

"Nak tukar dengan minuman apa?" Pelayan ini ulang sekali lagi, dan terus matikan imaginasi liar aku sebentar tadi.

"Tak kisah. Apa-apa pun boleh."

Kali ini giliran pelayan cantik ini pula untuk terdiam seketika. A-ha! She's doing the thinking for me. Dan aku sedang tunggu jawapan balas daripadanya.

I have to admit, my indecisiveness is my major weakness. Bila keluar makan dengan seseorang, I couldn't even decide where to eat. Jawapan yang sering keluar dari mulut aku, 'tak kisah' atau 'boleh je mana-mana' atau 'ikut la, aku on' dsbnya.

Jawapan sebegini selalunya buatkan orang marah dan menyampah dengan aku. Kadang tengok reaksi muka mereka, sudah cukup untuk aku agak. Sekecil-kecil perkara pun tak mampu untuk diselesaikan, apatah lagi untuk diharapkan dalam menyelesaikan perkara-perkara penting.

You. You-sless!

Macam Sheldon dalam The Big Bang Theory S05E04, yang bertindak menggunakan dadu untuk membuat keputusan tentang hal-hal banal dan trivial dalam hidupnya. Tetapi sayangnya, ia tidak berkesan sama sekali dan langsung tidak membantu.

"Mango boleh?" Pelayan ini beri cadangan.

"Boleh." Aku balas, and it goes without saying, I trusted her judgement.

And hey! My mango yogurt tastes good that night.

12:54PM Tuesday 22 December 2015

Tiada ulasan: