1. Matahaaaaaaaarii, bangunnnlahhhhhh!
2. Aku baru jumpa restoran yang jual segelas air yang sedap pada harga RM6.90. Tidak termasuk 10% service charge dan 6% GST.
3. Aku habiskan Sabtu aku dengan memandu ke sana ke sini, beratus-ratus kilometer jauhnya. Lagi sejam nak sampai rumah dalam perjalanan pulang, kaki aku dah mula kebas, mata aku dah mula pedih, belakang badan dah mula rasa tak selesa. Aku sampai rumah pukul 1:30AM dan tak pasti kenapa, hanya dapat lelap pada pukul 3:00AM.
4. Kau kerja tak harini (Ahad)?" Kawan aku tanya waktu kami duduk minum petang. Dia tahu aku pergi ke mana semalam. Kerja la, aku balas. "Mekk, kalau aku dah ambil MC dah. Penat kot," dia sambut.
5. See, that's where you and I differ, bro.
6. Aku ambil serius perkara yang melibatkan tanggungjawab dengan keluarga, hal kerja, kewangan, tulisan-tulisan aku, hati dan perasaan manusia lain, dan rancangan masa depan. I don't play with those things. Selain daripada hal-hal itu, anggaplah aku seorang remaja dengan perangai tak matang macam budak sekolah menengah.
7. Ahad aku okay. Although the first three hours after waking up was literally hell. Lepas sahaja tiga jam pertama - macam aku cakap tadi - Ahad aku okay.
8. Aku menaip ini bertemankan suara Alessia Cara.
6:34PM Sunday 20 December 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan