Ahad, 31 Mac 2013

Kecelaruan definisi & identiti

Di sebalik suasana hingar, transaksi jual beli, situasi tawar-menawar dll, wujud satu perasaan selesa untuk menyelit di celah-celah manusia, berjalan sambil lewa, membelek barang-barang di atas meja jualan, tanpa ada tuntutan untuk turut sama larut dalam kawanan sosial.

Merayau-rayau di pasar malam menerbitkan perasaan yang bercampur-campur. Seperti tadi, aku bertembung mata dengan beribu-ribu gadis (exaggerating much) namun sebaik mereka berjalan melepasi aku, wajah mereka hilang, tidak lekat di dalam kepala. Aiseyman...

Aku tidak menemukan sense of belonging di sini. Wrong place, to begin with. Punbegitu, ruang-ruang terbuka ini mencipta kesempatan kepada aku untuk berfikir (perkara-perkara yang tidak penting).

Setiap kali berselisih dengan manusia-manusia asing, aku berasa lega (tak pasti kenapa) kerana mereka tidak memberi sebarang signifikan terhadap keberadaan aku. Likewise, keberadaan aku juga tidak memberi sebarang erti kepada mereka.

It's like I'm all alone, but only surrounded by people.

Tiada ulasan: