Are you laughing at them or with them? Hati aku ringan bertanya setelah menonton sedutan salah satu episod The Big Bang Theory, yang disunting dengan meredamkan elemen laugh track.
I remember watching How I Met Your Mother season one with my housemates. We laughed and laughed and laughed. Kemudian aku cuba menontonnya semula seorang diri, and surprisingly it's not that funny anymore (walaupun aku, secara perlahan-lahan, mula perasan falsafah-falsafah yang cuba disuntik ke dalam setiap episod).
Laugh track dicipta bertujuan untuk menghidupkan suasana / persekitaran supaya penonton, sekurang-kurangnya, dapat mengalami pengalaman menonton secara langsung. That explains why I laughed like hell while watching with bunch of friends. Ini kerana pengalaman menonton itu tidak sama, dan sentiasa berubah mengikut situasi.
Aku terjun kepada kesimpulan paling mudah, barangkali kewujudan laugh track ini telah disalah guna. Ia seolah-olah memberi roh kepada babak-babak yang tidak kelakar.
Is it morally wrong, untuk tanamkan persepsi bahawa apabila majoriti ketawa, maka secara automatik, sesuatu itu harus dianggap kelakar? Because for me, it doesn't work that way.
Sejujurnya, The Big Bang Theory tanpa laugh track adalah sebuah sitkom yang membosankan. Sekadar mengisahkan sekumpulan nerd bergelut untuk fit in dalam kelompok masyarakat. Walaupun sedar akan hakikat ini, aku masih juga tidak dapat menghalang diri dari terus menonton dan menonton dan menonton.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan