Setelah kenyang menjamah hidangan (lewat) tengah hari di Carl's Jr., aku kata kepada Amir, jom naik tingkat atas, aku nak pergi kedai buku. Pelawaan ini mengundang rasa hairan daripada Amir, "Semalam dah beli banyak, nak beli lagi?"
Nak tengok-tengok, aku balas.
Kebenarannya, wujud semacam rasa tidak lawas selepas mengunjungi acara jualan BBW. Kerana aku tidak berkesempatan menjarah setiap seksyen, terutama fiksyen, dengan begitu teliti. Therefore, I feel like I missed out on something.
In any case, this is not the first time I went to KL for a short trip. Jika dihitung, tempoh aku merayau-rayau tidak sampai 24 jam. Walaupun penat, namun fikirku, itu tidak mengapa.
Because I came here for one purpose only, dan bila sudah selesai, aku tiada sebab untuk terus berada di sini lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan