Ahad, 20 Januari 2013

New Year's resolution

"No more books," aku pesan kepada diri sendiri, awal tahun ini. Buku-buku yang tersusun di rak, yang berselerak di atas meja, dan yang bersembunyi dalam kotak-kotak, sepatutnya cukup untuk menampung keperluan pembacaan aku untuk, sekurang-kurangnya, dua tahun lagi.

I'm a slow reader, sort of. Selain masalah sering hilang tumpuan, atau minat yang semakin pudar terhadap jalan cerita, atau benci kepada karakter tertentu, aku mempunyai begitu banyak sebab untuk tidak menghabiskan sesebuah buku.

Maka tidak hairan, aku tidak mempunyai banyak buku kegemaran, serta tidak mempunyai rujukan meluas dalam memahami hal-hal kecil dan perkara-perkara rumit dalam sesebuah naskhah sastera.

Namun itu tidak seharusnya menghalang aku daripada membuka jalan-jalan bicara mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan inti bacaan.

Tiada ulasan: