Isnin, 7 Januari 2013

And the balance is restored

Aku masih ingat, sewaktu menetap di rumah sewa di Seri Iskandar, antara perkara yang kerap menjadi punca perbalahan antara kami adalah berkaitan peralatan kulinari di dapur.

"Siapa makan tak reti basuh ni?!"

Dan seperti kebiasaan, tiada siapa akan mengaku bertanggungjawab. Jika ada pun, sekadar dilapik dengan alasan, "Kejap lagi aku basuh la."

Alasan sebegitu, dalam erti kata lain ialah oposisi kepada, "You bet your ass I'm gonna do the dishes."

Aku percaya, setiap daripada kami, termasuk aku, tidak mempunyai masalah untuk membasuh cawan dan pinggan kotor. Kerana ia sebuah sistem yang tidak sukar untuk dipatuhi.

Masalah cuma timbul bila sistem ini dilanggar oleh, katakanlah, salah seorang housemates. Ini secara tidak langsung, meleraikan semacam rasa tanggungjawab yang wujud dalam diri kami selama ini.

Well, some people might call this a diffusion of responsibility. Namun memandangkan kita sedang menganalisis sebuah situasi dalam skala yang kecil, maka lebih afdal elakkan penggunaan istilah-istilah jargon.

Punbegitu, untuk mengembalikan keseimbangan sistem ini seperti sediakala, aku ambil pendekatan yang sedikit berbeza.

Jalan mudah, aku humbankan semua pinggan dan cawan kotor yang menimbun ke dalam tong sampah. Bila mereka tanya, melihatkan jumlah peralatan kulinari yang semakin berkurang, "Pasaipa hang buang habis semua?"

"Dah hangpa penyegan, tak mau basuh," adalah jawapannya.

Benarlah kata pepatah, we learn to appreciate the value of something only after we lose it.

Tiada ulasan: