Selasa, 15 Januari 2013

Alpha male

Setiap kali aku bawa pulang makanan ke rumah, as a polite gesture kerana sudah mempunyai duit sendiri, aku perasan Ayah tidak pernah makan apa yang aku bawa pulang.

Mulanya, aku fikir, ini adalah mengenai soal hierarki dalam rumah. Mungkin Ayah merasakan tanggungjawab memastikan meja sentiasa mempunyai makanan untuk kami adik-beradik bukanlah sesuatu yang patut aku risaukan buat masa ini.

Lama aku termenung, memikirkan perihal ini, sebelum akhirnya tiba pada sebuah kesimpulan, "Ayah doesn't like fast food. No wonder-lah!"

Tiada ulasan: