Kau duduk di rumah seorang diri. Keluarga kau sedang berada di Kuala Kangsar. Tiba-tiba kau terima satu panggilan. Kau lihat nama yang tertera, Fatin. You weren't expecting her call.
Kau segera menyapanya dengan sopan. Tetapi kau disambut dengan esak tangisan. Untuk kali kedua dalam hidup kau, Fatin kembali menangis di hujung talian. Kali pertama dahulu, kau hanya biarkan Fatin menangis tanpa usaha untuk memujuknya. Kau biarkan air matanya mengalir. Kau percaya tangisan adalah sesuatu yang tidak patut ditahan-tahan.
Kali ini, kau terkedu seketika. What did I do wrong this time? Refleksi spontan menyebabkan kau cuba mencari kesalahan diri, kalau ada. Kau berulangkali memujuknya supaya berhenti menangis. Kau tanya jika ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Kau mahu mendengar. Dan kau juga mahu Fatin untuk berkongsi.
Fatin beritahu hari ini adalah ulangtahun hari lahirnya. Lalu kau halakan pandangan ke arah kalendar yang tergantung di dinding bilik. 7 Oktober 2012. Kau menyumpah dalam hati. Macam mana aku boleh lupa, kau tanya diri sendiri.
Lafaz maaf keluar dari mulut kau tanpa henti. Kau benar-benar terlupa. Kau mula merasakan tindakan mengasingkan diri daripada orang-orang yang rapat dengan kau telah memakan diri sendiri. Kau menjadi leka dalam dunia sendiri. Kau tidak peduli hal orang lain.
Tatkala tangisan sudah semakin reda, kau tanya sekali lagi, apa sebab yang membuatkan dia menangis. Fatin tidak mahu jawab, kerana menurutnya kau turut merahsiakan sesuatu daripadanya. Kau pura-pura buat tak faham.
Dia kata dia akan ke KL esok. Dia kata sudah sebulan lebih dia terperap di rumah tanpa membuat apa-apa. Tanpa bertemu dengan kawan-kawan. Dia sudah mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
Kau ketawa kecil. Kerana jauh di sudut hati, kau faham perasaannya.
Kau sendiri melalui perkara yang sama. Malah kau lebih lama mengalaminya. Sudah hampir setahun kau dihurung kesunyian. Sehinggakan kemurungan, kesedihan, kesunyian sudah menjadi sesuatu yang biasa. Kau sedih tetapi kau tidak sedih. Kau gembira tetapi kau tidak gembira. Kau sunyi tetapi kau tidak sunyi. Kau percaya tetapi kau tidak percaya.
Kini, kau adalah berlawanan dengan segala-galanya yang kau percaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan