Selasa, 27 Disember 2011

Recollection (2)

"Putih emas," kawan Ayah seorang pakcik berbangsa Cina berusia lingkungan separuh abad memanggil aku setiap kali kami berjumpa. Satu perkara yang pasti, dia tidak pernah tahu nama sebenar aku. Didorong rasa ingin tahu yang tebal, aku langsung bertanya kepadanya lama dahulu, "Putih emas?"

"Ya la. Bila you senyum nampak gigi. Putih emas," dia sambut. Maka tahulah aku mengapa dia memanggil aku dengan nama sedemikian selama ini. Dan aku yakin dia maksudkan adalah emas putih. O dear, I know I have such a sweet smile ;-)

Tiada ulasan: