Early this morning I had breakfast with my boss in her office. Anies was there too. She's my officemate, just in case you're curious. Kami bertiga makan nasi lemak bertemankan hembusan penghawa dingin yang ternyata sungguh.... dingin. Untuk rekod, aku jarang mengambil sarapan pagi. Atas alasan mudah, kurang berselera untuk menjamah apa-apa dan perut aku juga belum bersedia untuk menerima sebarang makanan. In fact, a glass of plain water is more than enough for me.
"Pedasnya sambal nasi lemak ni," aku merungut sewaktu suapan kali kedua. Mereka berdua ketawa kecil. "Mana ada pedas. Orang makan biasa je," Anies sambut. Sehingga kini aku masih tidak faham mengapa dia bahasakan dirinya sebagai 'orang'. Well it's kind of weird. And funny, you know.
"Pedas la," aku sanggah. Sejurus selepas itu, aku buang lebihan nasi yang tidak mampu dihabiskan ke dalam tong sampah. "Nasib baik percuma," aku bisik dalam hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan