Khamis, 29 Disember 2011

Nota separa khayal (3)

Selaku manusia yang terdorong untuk leka berkhayal tanpa henti, aku berhadapan masalah untuk menumpukan perhatian. Kadangkala aku hanyut ketika sedang berbual, membaca waima menulis sekalipun.

Dua tiga minggu yang lepas, aku ditugaskan untuk menjaga ruang pameran syarikat untuk mempromosi skim pekerjaan apa-entah-aku-sudah-lupa. Jadi oleh kerana bertugas mengikut giliran, aku berpeluang untuk duduk di bawah satu khemah bersama beberapa pekerja yang lebih berpengalaman. Dalam tempoh yang singkat itu, aku sempat juga berkenalan dan berborak kosong dengan mereka. They were so nice to me. Cool people, I must say. Though I even witnessed with my very own eyes a few conflict that arose among themselves and I couldn't help myself but laugh. Nevertheless, it was a good exposure and experience for me.

Tempoh hari, salah seorang pekerja yang turut bersama aku sewaktu pameran tersebut menegur aku di pejabat. Dan sedikit mengejutkan kerana dia masih mampu mengingati nama aku. Sejujurnya aku sudah pun lupa namanya. Demi Tuhan, janggal seribu kali janggal.

Tiada ulasan: