Ahad, 11 Disember 2011

Nota separa khayal (2)

Aku jenguk keluar melihat cuaca. Hujan semakin reda dan bunyi titis hujan jatuh ke bumi sudah tidak lagi kedengaran. Dingin malam yang menghembus masuk melalui tingkap yang sedikit terbuka menerbitkan perasaan tenang yang menyelubungi segenap ruang bilik. Aku dongak melihat jam yang terpaku di dinding. Jarum menunjukkan pukul 1 pagi.

Aku segera ke dapur. Menyelongkar laci-laci dengan harapan dapat mencari sesuatu untuk disuap ke dalam mulut. Aku mengeluh hampa selepas tidak bertemu apa-apa. Jadi tanpa berlengah, aku sarung pakaian, capai kunci dan meredah kedinginan pasca-hujan untuk ke kedai serbaneka 24 jam berdekatan. Selesai urusan pembayaran, aku pulang ke rumah dengan kadar tergesa-gesa kerana hujan renyai perlahan-lahan turun semula membasahi. Jadi aku terpaksa memecut laju sewaktu perjalanan pulang.

Sampai sahaja di rumah, aku masih bingung memikirkan mengapa aku beli sebotol air minuman berkarbonat tetapi langsung tidak membeli sebarang makanan. Therefore I stared at the bottle forever, questioning its existence.

I am too easily distracted, no?

Tiada ulasan: