Khamis, 17 November 2011

A year from now

Memandang kalendar, menyelak helaian demi helaian sehingga aku akhirnya tiba pada tarikh 07 Nov 2012. Bermakna, setahun dari sekarang, aku bakal berusia 21 tahun. Roh aku pula akan selangkah lebih dekat dengan kematian. Kelakar bila mengenang aku mungkin mati tatkala sedang menaip ini.

Lebih spesifik, aku punyai 12 bulan atau lebih kurang 350 hari sebelum tibanya ulangtahun tarikh lahir aku pada tahun akan datang. Jika aku mampu menulis sebuah nota/karangan/catatan/jurnal/anekdot/puisi atau apa sahaja setiap hari tanpa gagal sepanjang tempoh tersebut, maka aku akan mempunyai sekurang-kurangnya 350 nota/karangan/catatan/jurnal/anekdot/puisi atau apa sahaja di dalam simpanan.

Kepuasan melempiaskan catatan berbaur peribadi untuk memberi makna dan nilai kepada keberadaan aku adalah suatu perasaan yang tulen.

Hello future Me!

Tiada ulasan: